Saturday, 24 December 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA DI PULAU LANGKAWI

Seperti dirancangkan  kami sekeluarga ke Pulau Langkawi pada 23/12/2011 hingga 27/12/2011. Bertolak malam  23 hb tuu dengan menaiki bas MAJU EXPRESS dengan bayaran seorang RM48 inggit. Aku tak tahu la mahal atau idak nyer... sebb this is my first time pegi naik bas...dulu ikut rombongan jer.....janji ngan bas naik pukul 11.30 malam kat Terminal 1....tapi memang malang pun, pukul 1.00 baru dpt naik....giler ke tak giler..tunggu bas mcm buah tak jatuh....

Sampai di jeti Kuala Perlis  lebih kurang pukul 10.00 pagi...fuhh pengalaman yang tak mungkin aku lupakan  naik bas sampai 11 jam...sakit badan oiiiiii......(ape nak buat hubby tak nak bwk kete....).Tunggu naik feri satu hal, kena beratur panjang nak beli tiket....dewasa RM18.00 kanak-kanak RM13.ok la tuuu....dapt naik pukul 1.30 ptg tapi alhamdulillah peluang aku kot tunggu dekat pintu masuk  jeti tuuu, diorang panggil kami naik feri pukul 12.30 tgh........ada kosong katanyer..rezeki..rezeki....aku suka tengok  air lautnya sungguh hijau warna....cantik sekali.....

NAK MANDI.....itulah yang bermain difikiran aku.....sampai  di tanah langkawi ( lebih kurang 1 jam perjalanan), kami terus telefon  toke kereta..Linda namanyer...kete WIRA RM90 sehari....sampai lebih kurang setengah jam lepas itu.....sampai homestay(LANGKAWI AIRPORT HOMESTAY)  lega rasanya... semalam RM100...tempatnye oklah satu bilik yang sesuai tuk kami sekeluarga berehat-rehat, mandi dan tido.

Selepas mandi dan bersiap, kami terus  berjalan-jalan. Start enjin kereta dan destinasi pertama kami ialah....

CABLE CAR.
Ingatkan nak naik cable car tapi bila tgk ramai orang beratur, tak jadi dibuatnya, kalau dpt naik puntak dpt tgk jambatan tuuu..tak best, makanye  kami x jadi ....decide esok ajer lah....aku  habis kan duit tuk anak-anak main je.....sempat gak hubby beli curut...

Malam kami bersantai menikmati makan malam di Restoren SeaFood di tepi jalan Bandar Kuah.Rasa nak lelap mata je nie...penat sungguh perjalanan...

HARI KEDUA DI LANGKAWI


Pagi-pagi lagi bersemangat hendak merayau-rayau di pulau ini. Kami bercadang hendak menaiki cable car setelah semalam tidak sempat. Selepas makan roti canai di sebelah kedai berhampiran dengan tempat homestay, kami terus ke Cable Car. Tapi malang sekali cuaca tidak mengizinkan. Katanya boleh naik  pada pukul 1.00 ptg.Maka kami bertindak ke tempat lain dahulu.

KILIM KARST GEOFOREST PARK.
Tanpa diduga destinasi yang dipilih adalah Geoforest Park. Memang best giler pegi sini.Kami ambik pakej selama 2 jam dengan bayaran RM250  merayau-rayau 6 tempat.







Memang amat memenatkan....

CABLE CAR

Memang saat -saat yang dinantikan oleh semua orang. Kami sampai di sini pukul 1.00 tghari selepas dari Kilim. Punye lah ramai beratur...nak wat cam ner sabo je lah....orang kata kalau pegi Langkawi tak sah tak naik Cable Car.....yang penting, ada bawak Mycard dapat hrga diskaun daripada RM30 ke RM15....separuh harga uuuu...




2 port je aku pergi...satu jambatan panjang ala-ala (Australia g2)....dan satu lagi puncak(aku x pegi ke situ...penat oooo.lenguh kaki)


PEKAN KUAH
Di sini  ke pasar malam shoping2 ala kadar ajer....yang penting kami ke HJ ISMAIL GROUP. tuk membeli coklat..ramai nyer orang kat sana...sampai coklat DAIM yang aku idam-idamkan habis......terpaksa la ke pasaraya bebas cukai yang lain tuk membeli nya.




Saturday, 10 December 2011

PERKAHWINAN FARAH DAN ZIKRI

Alhamdullilah aku gembira bila melihat  Farah Sapura telah pun selamat mengakhiri zaman bujangnyer  dengan pasangannya Zikri. Majlis akad nikah telah berlansung pada hari sebelumnye iaitu pada   9hb Disember 2011.Aku dan famili tidak sempat menyaksikan majlis bersejarah itu memandangkan hubby kerja. Makanya aku bertolak pada  malam itu selepas hubby pulang kerja iaitu lebih kurang pukul 10.00 mlm. Kami sekeluarga  bertolak dalam keadaan hujan renyai-renyai bersama dengan acu sekeluarga.

Kami sampai di Kuala Kubu Baru lebih kurang 2 jam perjalanan. Aku dan famili tinggal berkongsi rumah dengan mak, anti  dan pakcik Yeh. Walaupun kurang  selesa tapi tak kisahlah sebab  syukur ada tempat bermalam(sebelum tuu round2 kat  pekan Kuala Kubu...malang sekali tidak ada hotel...semuanya penuh).

Majlis resepsi tuk family n kekawan dibuat pada 10 hb Disember di Taman Tanjak, Kuala Kubu Bharu. Aku bersyukur  dapat makan nasi minyak sekali lagi.....



Setelah kenduri kahwin, kami  mengikut  amok pergi ke Cameron Highlands (orang dah ajak kita follw je lah). kami menginap apartment namanya CARNATION. Tingginyer fuhhhh 5 tingkat.Kasihan nenek kerana tidak larat nak naik tangga tingkat 5. Sebenarnya aku yang sakit juga.....maklumlah tinggi. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 12.00 tgh malam. jem giler sebab dikatakan ada pasar malam di Brinchang mengganggu perjalanan.