Saturday, 10 December 2011

PERKAHWINAN FARAH DAN ZIKRI

Alhamdullilah aku gembira bila melihat  Farah Sapura telah pun selamat mengakhiri zaman bujangnyer  dengan pasangannya Zikri. Majlis akad nikah telah berlansung pada hari sebelumnye iaitu pada   9hb Disember 2011.Aku dan famili tidak sempat menyaksikan majlis bersejarah itu memandangkan hubby kerja. Makanya aku bertolak pada  malam itu selepas hubby pulang kerja iaitu lebih kurang pukul 10.00 mlm. Kami sekeluarga  bertolak dalam keadaan hujan renyai-renyai bersama dengan acu sekeluarga.

Kami sampai di Kuala Kubu Baru lebih kurang 2 jam perjalanan. Aku dan famili tinggal berkongsi rumah dengan mak, anti  dan pakcik Yeh. Walaupun kurang  selesa tapi tak kisahlah sebab  syukur ada tempat bermalam(sebelum tuu round2 kat  pekan Kuala Kubu...malang sekali tidak ada hotel...semuanya penuh).

Majlis resepsi tuk family n kekawan dibuat pada 10 hb Disember di Taman Tanjak, Kuala Kubu Bharu. Aku bersyukur  dapat makan nasi minyak sekali lagi.....



Setelah kenduri kahwin, kami  mengikut  amok pergi ke Cameron Highlands (orang dah ajak kita follw je lah). kami menginap apartment namanya CARNATION. Tingginyer fuhhhh 5 tingkat.Kasihan nenek kerana tidak larat nak naik tangga tingkat 5. Sebenarnya aku yang sakit juga.....maklumlah tinggi. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 12.00 tgh malam. jem giler sebab dikatakan ada pasar malam di Brinchang mengganggu perjalanan.

No comments:

Post a Comment