Saturday, 24 December 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA DI PULAU LANGKAWI

Seperti dirancangkan  kami sekeluarga ke Pulau Langkawi pada 23/12/2011 hingga 27/12/2011. Bertolak malam  23 hb tuu dengan menaiki bas MAJU EXPRESS dengan bayaran seorang RM48 inggit. Aku tak tahu la mahal atau idak nyer... sebb this is my first time pegi naik bas...dulu ikut rombongan jer.....janji ngan bas naik pukul 11.30 malam kat Terminal 1....tapi memang malang pun, pukul 1.00 baru dpt naik....giler ke tak giler..tunggu bas mcm buah tak jatuh....

Sampai di jeti Kuala Perlis  lebih kurang pukul 10.00 pagi...fuhh pengalaman yang tak mungkin aku lupakan  naik bas sampai 11 jam...sakit badan oiiiiii......(ape nak buat hubby tak nak bwk kete....).Tunggu naik feri satu hal, kena beratur panjang nak beli tiket....dewasa RM18.00 kanak-kanak RM13.ok la tuuu....dapt naik pukul 1.30 ptg tapi alhamdulillah peluang aku kot tunggu dekat pintu masuk  jeti tuuu, diorang panggil kami naik feri pukul 12.30 tgh........ada kosong katanyer..rezeki..rezeki....aku suka tengok  air lautnya sungguh hijau warna....cantik sekali.....

NAK MANDI.....itulah yang bermain difikiran aku.....sampai  di tanah langkawi ( lebih kurang 1 jam perjalanan), kami terus telefon  toke kereta..Linda namanyer...kete WIRA RM90 sehari....sampai lebih kurang setengah jam lepas itu.....sampai homestay(LANGKAWI AIRPORT HOMESTAY)  lega rasanya... semalam RM100...tempatnye oklah satu bilik yang sesuai tuk kami sekeluarga berehat-rehat, mandi dan tido.

Selepas mandi dan bersiap, kami terus  berjalan-jalan. Start enjin kereta dan destinasi pertama kami ialah....

CABLE CAR.
Ingatkan nak naik cable car tapi bila tgk ramai orang beratur, tak jadi dibuatnya, kalau dpt naik puntak dpt tgk jambatan tuuu..tak best, makanye  kami x jadi ....decide esok ajer lah....aku  habis kan duit tuk anak-anak main je.....sempat gak hubby beli curut...

Malam kami bersantai menikmati makan malam di Restoren SeaFood di tepi jalan Bandar Kuah.Rasa nak lelap mata je nie...penat sungguh perjalanan...

HARI KEDUA DI LANGKAWI


Pagi-pagi lagi bersemangat hendak merayau-rayau di pulau ini. Kami bercadang hendak menaiki cable car setelah semalam tidak sempat. Selepas makan roti canai di sebelah kedai berhampiran dengan tempat homestay, kami terus ke Cable Car. Tapi malang sekali cuaca tidak mengizinkan. Katanya boleh naik  pada pukul 1.00 ptg.Maka kami bertindak ke tempat lain dahulu.

KILIM KARST GEOFOREST PARK.
Tanpa diduga destinasi yang dipilih adalah Geoforest Park. Memang best giler pegi sini.Kami ambik pakej selama 2 jam dengan bayaran RM250  merayau-rayau 6 tempat.







Memang amat memenatkan....

CABLE CAR

Memang saat -saat yang dinantikan oleh semua orang. Kami sampai di sini pukul 1.00 tghari selepas dari Kilim. Punye lah ramai beratur...nak wat cam ner sabo je lah....orang kata kalau pegi Langkawi tak sah tak naik Cable Car.....yang penting, ada bawak Mycard dapat hrga diskaun daripada RM30 ke RM15....separuh harga uuuu...




2 port je aku pergi...satu jambatan panjang ala-ala (Australia g2)....dan satu lagi puncak(aku x pegi ke situ...penat oooo.lenguh kaki)


PEKAN KUAH
Di sini  ke pasar malam shoping2 ala kadar ajer....yang penting kami ke HJ ISMAIL GROUP. tuk membeli coklat..ramai nyer orang kat sana...sampai coklat DAIM yang aku idam-idamkan habis......terpaksa la ke pasaraya bebas cukai yang lain tuk membeli nya.




Saturday, 10 December 2011

PERKAHWINAN FARAH DAN ZIKRI

Alhamdullilah aku gembira bila melihat  Farah Sapura telah pun selamat mengakhiri zaman bujangnyer  dengan pasangannya Zikri. Majlis akad nikah telah berlansung pada hari sebelumnye iaitu pada   9hb Disember 2011.Aku dan famili tidak sempat menyaksikan majlis bersejarah itu memandangkan hubby kerja. Makanya aku bertolak pada  malam itu selepas hubby pulang kerja iaitu lebih kurang pukul 10.00 mlm. Kami sekeluarga  bertolak dalam keadaan hujan renyai-renyai bersama dengan acu sekeluarga.

Kami sampai di Kuala Kubu Baru lebih kurang 2 jam perjalanan. Aku dan famili tinggal berkongsi rumah dengan mak, anti  dan pakcik Yeh. Walaupun kurang  selesa tapi tak kisahlah sebab  syukur ada tempat bermalam(sebelum tuu round2 kat  pekan Kuala Kubu...malang sekali tidak ada hotel...semuanya penuh).

Majlis resepsi tuk family n kekawan dibuat pada 10 hb Disember di Taman Tanjak, Kuala Kubu Bharu. Aku bersyukur  dapat makan nasi minyak sekali lagi.....



Setelah kenduri kahwin, kami  mengikut  amok pergi ke Cameron Highlands (orang dah ajak kita follw je lah). kami menginap apartment namanya CARNATION. Tingginyer fuhhhh 5 tingkat.Kasihan nenek kerana tidak larat nak naik tangga tingkat 5. Sebenarnya aku yang sakit juga.....maklumlah tinggi. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 12.00 tgh malam. jem giler sebab dikatakan ada pasar malam di Brinchang mengganggu perjalanan.

Saturday, 19 November 2011

DINNER ALA-ALA ARAB YANG BOMBASTIK

HARI Q

Tarikh keramat  11.11.2011...yang membuatkan aku tak senang hidup...

TUGAS SETIAP TAHUN...MENGAWAS SPM

Seperti biasa, aku memang volunteer mengawas SPM. Kali ini aku kena kat SMK Mohd Redza. Boring giler kat sana....dah la dapat ketua garang n not friendly langsung...sampai takut nak wat keje..


Tuesday, 8 November 2011

HARI RAYA AIDIL ADHA YANG MEMBOSANKAN....

Tahun nie hari raya Aidil Adha jatuh pada  6 hb November 2011 iaitu pada hari Ahad. Sambutan raya haji pada tahun ini tidak la sehebat tahun-tahun  terdahulu. Seperti biasa, bangun pagi  hubby akan mengejutkan aku dan anak-anak untuk sembahyang raya bersama-sama....akan tetapi tahun nie aku dan Aina tidak mengikut nya seperti selalu...maka hubby akan bersembahyang bersama-sama dengan anak-anak lelaki ku..iaitu Abd Wafi dan Abd Aqil di masjid Taman rasa Sayang yang berhampiran.

Sebenarnya  kami bercadang akan ke Behrang untuk menjalani ibadah korban di kg atuk saudaraku yang telah menjemput kami awal 3 bulan yang lalu, tapi malang sekali  kami  terpaksa membatalkan  hasrat itu memandangkan ada insiden yang (tidak dapat aku catatkan di sini) telah berlaku.Makanya hanya nenek, acu dan amok sahaja lah yang ke kg Behrang.

Sebelah petang, kami di datangi oleh keluarga PakCik Jamal. Mereka bermalam di rumah kami. Aku  melayan tetamu yang ada sebaik mungkin. Kami menunggu kepulangan nenek sehingga larut malam.
Nenek membawa ole-ole dari kampung iaitu rendang korban. malang sekali, rendang yang dibawa sudah busuk dan tidak boleh dimakan. Agaknya bukan rezeki aku sekeluarga la nampaknya.

Keesokan paginya, hubby ada jemputan korban di taman tempat kami tinggal. Aku tidak pergi sebab di rumah ada tetamu yang perlu dilayan. Kata hubby, taman sembelih 3 ekor lembu korban. Dalam hati, aku berharap dapatlah sekilo dua daging yang  hubby ku dapat bawa pulang......Dalam tengahari, lebih kurang pukul  11.00 pg, hubby kembali ke rumah dengan membawa tulang dan sedikit daging,,,,,,alhamdullilah rezeki ada tuk aku masak esok lusa...akan tatapi malang sekali hubbyku berjalan terbongkok-bongkok.....sakit pinggang katanya. .......

Aku fikir sakit pinggangnya tidak la separah mana....maka ku suruh letakkan minyak hangat aje. Kemudian anti ajak aku sekerluarga dan pakcik jamal ke rumah mak di Sepang. Kami pun setuju memandangkan mak akan masak mee kari kesukaanku.

Kami tidak lama di Sepang,lebih kurang dalam 2 jam. Hubby mengadu sakit lantas  kami pulang awal. Aku yang disuruh untuk drive semasa pulang.....dalam hatiku berkata..tentu parah sakit pingggannya itu

Memang pun, setelah balik, aku tengok muka nya merah padam menahan kesakitan. Die asyik  baring dan tido sahaja. Tak sampai hati pula aku melihatnya.Kesakitannya itu melarat sehingga hari Selasa. Aku disuruhnya untuk bercuti untuk membawanya berurut. Susahnya aku mencari tukang urut lelaki. Cari punya cari...akhirnya sampai di rumah TUKANG URUT ANWAR di Taman Tuanku Jaafar berhampiran dengan kawasan sekolah.

Alhamdullilah, setelah diurut, aku nampak wajah hubby ceria sedikit. Setelah pulang, hubby masih tido. Setelah sedar, aku menanyakan keadaannya, katanya....blehlah....dan aku lihat jalan pun tidaklah terbongkok-bongkok seperti sebelum. .....aku amat berharap hubby sihat segera dan dapat menjalankan kehidupannya seperti biasa.....kerana aku juga mahu gembira....



Wednesday, 2 November 2011

SELAMAT DATANG BANDAR HO CHI MINH , VIETNAM - PART 8

HARI  KEEMPAT- (28/10/2011-Jumaat)
Seawal 7.30 pagi, kami berlapan keluar untuk menikmati bandar Ho Chi Min buat kali terakhir. Kami berpecah kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan ke Saigon Mall, dan satu lagi ke Hard Rock Cafe......Aku mengikuti kumpulan yang ke-2. Kami menaiki van vinasun ke sana.....

Lokasi Pertama : HARD RoCK CAFE
Inilah pertama kali aku menjejaki laman Hard Rock Cafe.Tanggapan aku tempat nie adalah tempat orang  berjumpa dengan minum bir dan bersantai-santai sambil menari, berjoget, makan pil khayal dan sebagainya. Rupanya  Hanim cakap tempat ini memang ada bar seperti yang aku katakan tetapi sekarang dah ada tempat jual survineour juga jadi  terpulanglah tanggapan orang ramai macam mana.....



                                   eksyen jer nie..bukan nye beli pun....harga boleh tahan..semua dalam USD 



                                 ini survineor yang dijual dari kedai Hard Rock .....satu pun saya tak beli


Lokasi kedua:  DIOMAND SQUARE
Tempat nie taklah sesuai ngan jiwa aku sebenarnya....tempat shoping high class...ala-ala SOGO(kalau kat Malaysia)..Barangan di sini...mak datok..punyalah mahal..2 kali ganda harga Malaysia..semua dalam USD.
di depan Diamond Square nie ada gereja.....memang bersepah2 gereja di sini...tapi masjid susah pula nak nampak...kecuali di depan Saigon Halal...

              kasut berjenama......di sini cuma Kak Ruzita seorang je yang    
              membeli, die nak beli ole-ole untuk hubby die....

Dari sini, kami berjalan kaki untuk ke Saigon Mall shoping supaya boleh bersama-sama dengan group yang satu lagi....disebabkan berjalan terlalu jauh...dan banyak sangat halangan lalu lintas, kami termasuk dalam tempat yang salah...lalu kami menumpang tandas sahaja dan meneruskan perjalanan ke bangunan berhadapan dengannya.Saigom Mall ....tempat shoping mewah juga.... kami ke stall perfume...satu persatu..kemudian ke tingkat atas....
Sebenarnya aku keletihan...kedahagaan...mujurlah Hanim membawa kami ke sebuah kedai yang kami terjumpa di food court  berhampiran situ. .(Masa tu terbayang2 air kelapa bersepah2 jual kat Malaysia)
                         akhirnya jumpa jugak kedai pakistan nie...








 Kami memesan 3 jenis menu iaitu capati, roti canai dan satu lagi aku x ingat namanya...Aku  memilih air teh tarik....fuhhh sedap bila aku menghirup......kenapa lah hari terakhir nak balik baru dapat menikmati teh tarik.....aku memang berpendapat  makanan halal susah kat Vietnam nie...nasib baik la aku bawak stok magiie banyak   sehingga sebahagiannya sedekah kat Kak Ody...

Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami sempat melihat sepasang pengantin..dan menitip memori di situ...seterusnya kami berjalan melintas pejabat pos, gereja..tanpa disangka-sangka kami telah melalui sebuah sekolah di situ....

                                       budak-budak sekolah Vietnam...kononnye benchmark  kami...
Hari ini merupakan hari terakhir berada di tanah Vietnam...perasaan ku tak sabar nak balik....bila melihat 8 orang rakan-rakan yang  lain berkemas sebab nak balik pukul 2.00 petang (waktu Vietnam), hatiku dah mula resah dan terasa seperti mahu mengikut. Malang sekali, flight aku pukul 9.00 malam (waktu Vietnam), maka Ayu pujuk-pujuk aku untuk menenagkan fikiran dan kami berhasrat untuk berlegar-legar ke Bandar Ho Chi Min buat kali yang terakhir.




Sementara menunggu pukul 2.00 ptg, aku dan Ayu decide  untuk  menempah satu bilik Kami terpaksa menambah  bayaran  sebanyak 18USD seorang. 
Kami memilih bilik Hanim ......

Alhamdullilah, dapat jugalah aku menunaikan solat  dan berehat sebentar.




Tepat pukul 2.00 petang(waktu Vietnam) Ayu membawa ku ke Kompleks Taka, salah satu tempat membeli belah. Rupanya harga barang di situ lebih murah dari Pasar ban Tanh. Kerana keseronokan bershoping, membuatkan kami terlupa  hendak mengambil gambar di sekitar ini..... Aku suka bershoping di sini tapi satu aje kelemahan bila bershoping di sini....jurujual nya tidak fasih berbahasa Inggeris dan tidak pandai menukarkan matawang dong ke USD atau RM. Maka kalau anda mahu shoping di sini, tukarkan lah siap-siap matawang RM anda ke DONG.


Sebelum kembali ke hotel, sempat jugak  kami merasa menaiki beca Saigon. Aku dapat merasa keseronokan menaiki beca di tengah-tengah kesibukan bandar Ho Chi Min. Oppsss....tapi jangan lekas kena tipu yea...sebenarnya harga menaiki beca ini 15000 Dong seminit......bukannya satu round tau.....kerana kami tidak mahu membayar jumlah yang besar bagi beca yang kami naiki ini (500000 Dong bersamaan RM45), kami hanya mampu membayar RM35....itupun setelah bertelagah dengan pembawa beca itu....berwaspadalah  ..kalau boleh janganlah naik beca..kalau nak naik jugak..baik naik beca kat Melaka..lagi selamat...  



7.00 mlm(waktu Vietnam) aku dan Ayu berangkat ke airport kami menaiki taxi vinasun lagi...sampai di sana...drebar teksi itu enggan menurunkan bag kami...heran bin ajaib...lama kami berfikir...aku menyuruh ayu menghulurkan tip kepadanya...selepas itu barulah die tersenyum dan menurunkan beg-beg kami yang berat itu...(Agaknya die nampak kami memberi tip kepada pekerja htel tadi sebab itulah die pun  nak sama.....BUAT PENGAJARAN SEMUA..jangan sekali-kali memberi tip...jikadah mula semua nak..)
Kaki sudah menjejaki lantai aiprort........tak sabar rasanya nak balik ke Malaysia...sebenarnya Ayu lebih cemas dari aku kerana die risaukan muatan aku...Sampai di kaunter bagasi, alhamdulillah...muatan aku walaupun melebihi had iaitu sebanyak 21 kg tetapi  tetap dikecualikan cukai....cuma aku terkilan kerana  meriam akil tidak dapat dibawa bersama....kena tahan dek imegresen...mukanya masam macam harimau..amatla garang....aku cuba berterus terang dengan mengatakan "SURVENOIR'... byk kali..namun die tetap x membenarkan aku untuk membawa meriam itu...Selamat Tinggal Meriam....

Selamat tinggal Vietnam...selamat tinggal Bandar HoChi Min....sehingga aku ke sini lagi suatu hari nanti....insyalah....