Wednesday, 2 November 2011

SELAMAT DATANG BANDAR HO CHI MINH , VIETNAM - PART 8

HARI  KEEMPAT- (28/10/2011-Jumaat)
Seawal 7.30 pagi, kami berlapan keluar untuk menikmati bandar Ho Chi Min buat kali terakhir. Kami berpecah kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan ke Saigon Mall, dan satu lagi ke Hard Rock Cafe......Aku mengikuti kumpulan yang ke-2. Kami menaiki van vinasun ke sana.....

Lokasi Pertama : HARD RoCK CAFE
Inilah pertama kali aku menjejaki laman Hard Rock Cafe.Tanggapan aku tempat nie adalah tempat orang  berjumpa dengan minum bir dan bersantai-santai sambil menari, berjoget, makan pil khayal dan sebagainya. Rupanya  Hanim cakap tempat ini memang ada bar seperti yang aku katakan tetapi sekarang dah ada tempat jual survineour juga jadi  terpulanglah tanggapan orang ramai macam mana.....



                                   eksyen jer nie..bukan nye beli pun....harga boleh tahan..semua dalam USD 



                                 ini survineor yang dijual dari kedai Hard Rock .....satu pun saya tak beli


Lokasi kedua:  DIOMAND SQUARE
Tempat nie taklah sesuai ngan jiwa aku sebenarnya....tempat shoping high class...ala-ala SOGO(kalau kat Malaysia)..Barangan di sini...mak datok..punyalah mahal..2 kali ganda harga Malaysia..semua dalam USD.
di depan Diamond Square nie ada gereja.....memang bersepah2 gereja di sini...tapi masjid susah pula nak nampak...kecuali di depan Saigon Halal...

              kasut berjenama......di sini cuma Kak Ruzita seorang je yang    
              membeli, die nak beli ole-ole untuk hubby die....

Dari sini, kami berjalan kaki untuk ke Saigon Mall shoping supaya boleh bersama-sama dengan group yang satu lagi....disebabkan berjalan terlalu jauh...dan banyak sangat halangan lalu lintas, kami termasuk dalam tempat yang salah...lalu kami menumpang tandas sahaja dan meneruskan perjalanan ke bangunan berhadapan dengannya.Saigom Mall ....tempat shoping mewah juga.... kami ke stall perfume...satu persatu..kemudian ke tingkat atas....
Sebenarnya aku keletihan...kedahagaan...mujurlah Hanim membawa kami ke sebuah kedai yang kami terjumpa di food court  berhampiran situ. .(Masa tu terbayang2 air kelapa bersepah2 jual kat Malaysia)
                         akhirnya jumpa jugak kedai pakistan nie...








 Kami memesan 3 jenis menu iaitu capati, roti canai dan satu lagi aku x ingat namanya...Aku  memilih air teh tarik....fuhhh sedap bila aku menghirup......kenapa lah hari terakhir nak balik baru dapat menikmati teh tarik.....aku memang berpendapat  makanan halal susah kat Vietnam nie...nasib baik la aku bawak stok magiie banyak   sehingga sebahagiannya sedekah kat Kak Ody...

Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami sempat melihat sepasang pengantin..dan menitip memori di situ...seterusnya kami berjalan melintas pejabat pos, gereja..tanpa disangka-sangka kami telah melalui sebuah sekolah di situ....

                                       budak-budak sekolah Vietnam...kononnye benchmark  kami...
Hari ini merupakan hari terakhir berada di tanah Vietnam...perasaan ku tak sabar nak balik....bila melihat 8 orang rakan-rakan yang  lain berkemas sebab nak balik pukul 2.00 petang (waktu Vietnam), hatiku dah mula resah dan terasa seperti mahu mengikut. Malang sekali, flight aku pukul 9.00 malam (waktu Vietnam), maka Ayu pujuk-pujuk aku untuk menenagkan fikiran dan kami berhasrat untuk berlegar-legar ke Bandar Ho Chi Min buat kali yang terakhir.




Sementara menunggu pukul 2.00 ptg, aku dan Ayu decide  untuk  menempah satu bilik Kami terpaksa menambah  bayaran  sebanyak 18USD seorang. 
Kami memilih bilik Hanim ......

Alhamdullilah, dapat jugalah aku menunaikan solat  dan berehat sebentar.




Tepat pukul 2.00 petang(waktu Vietnam) Ayu membawa ku ke Kompleks Taka, salah satu tempat membeli belah. Rupanya harga barang di situ lebih murah dari Pasar ban Tanh. Kerana keseronokan bershoping, membuatkan kami terlupa  hendak mengambil gambar di sekitar ini..... Aku suka bershoping di sini tapi satu aje kelemahan bila bershoping di sini....jurujual nya tidak fasih berbahasa Inggeris dan tidak pandai menukarkan matawang dong ke USD atau RM. Maka kalau anda mahu shoping di sini, tukarkan lah siap-siap matawang RM anda ke DONG.


Sebelum kembali ke hotel, sempat jugak  kami merasa menaiki beca Saigon. Aku dapat merasa keseronokan menaiki beca di tengah-tengah kesibukan bandar Ho Chi Min. Oppsss....tapi jangan lekas kena tipu yea...sebenarnya harga menaiki beca ini 15000 Dong seminit......bukannya satu round tau.....kerana kami tidak mahu membayar jumlah yang besar bagi beca yang kami naiki ini (500000 Dong bersamaan RM45), kami hanya mampu membayar RM35....itupun setelah bertelagah dengan pembawa beca itu....berwaspadalah  ..kalau boleh janganlah naik beca..kalau nak naik jugak..baik naik beca kat Melaka..lagi selamat...  



7.00 mlm(waktu Vietnam) aku dan Ayu berangkat ke airport kami menaiki taxi vinasun lagi...sampai di sana...drebar teksi itu enggan menurunkan bag kami...heran bin ajaib...lama kami berfikir...aku menyuruh ayu menghulurkan tip kepadanya...selepas itu barulah die tersenyum dan menurunkan beg-beg kami yang berat itu...(Agaknya die nampak kami memberi tip kepada pekerja htel tadi sebab itulah die pun  nak sama.....BUAT PENGAJARAN SEMUA..jangan sekali-kali memberi tip...jikadah mula semua nak..)
Kaki sudah menjejaki lantai aiprort........tak sabar rasanya nak balik ke Malaysia...sebenarnya Ayu lebih cemas dari aku kerana die risaukan muatan aku...Sampai di kaunter bagasi, alhamdulillah...muatan aku walaupun melebihi had iaitu sebanyak 21 kg tetapi  tetap dikecualikan cukai....cuma aku terkilan kerana  meriam akil tidak dapat dibawa bersama....kena tahan dek imegresen...mukanya masam macam harimau..amatla garang....aku cuba berterus terang dengan mengatakan "SURVENOIR'... byk kali..namun die tetap x membenarkan aku untuk membawa meriam itu...Selamat Tinggal Meriam....

Selamat tinggal Vietnam...selamat tinggal Bandar HoChi Min....sehingga aku ke sini lagi suatu hari nanti....insyalah....

No comments:

Post a Comment