Tahun nie hari raya Aidil Adha jatuh pada 6 hb November 2011 iaitu pada hari Ahad. Sambutan raya haji pada tahun ini tidak la sehebat tahun-tahun terdahulu. Seperti biasa, bangun pagi hubby akan mengejutkan aku dan anak-anak untuk sembahyang raya bersama-sama....akan tetapi tahun nie aku dan Aina tidak mengikut nya seperti selalu...maka hubby akan bersembahyang bersama-sama dengan anak-anak lelaki ku..iaitu Abd Wafi dan Abd Aqil di masjid Taman rasa Sayang yang berhampiran.
Sebenarnya kami bercadang akan ke Behrang untuk menjalani ibadah korban di kg atuk saudaraku yang telah menjemput kami awal 3 bulan yang lalu, tapi malang sekali kami terpaksa membatalkan hasrat itu memandangkan ada insiden yang (tidak dapat aku catatkan di sini) telah berlaku.Makanya hanya nenek, acu dan amok sahaja lah yang ke kg Behrang.
Sebelah petang, kami di datangi oleh keluarga PakCik Jamal. Mereka bermalam di rumah kami. Aku melayan tetamu yang ada sebaik mungkin. Kami menunggu kepulangan nenek sehingga larut malam.
Nenek membawa ole-ole dari kampung iaitu rendang korban. malang sekali, rendang yang dibawa sudah busuk dan tidak boleh dimakan. Agaknya bukan rezeki aku sekeluarga la nampaknya.
Keesokan paginya, hubby ada jemputan korban di taman tempat kami tinggal. Aku tidak pergi sebab di rumah ada tetamu yang perlu dilayan. Kata hubby, taman sembelih 3 ekor lembu korban. Dalam hati, aku berharap dapatlah sekilo dua daging yang hubby ku dapat bawa pulang......Dalam tengahari, lebih kurang pukul 11.00 pg, hubby kembali ke rumah dengan membawa tulang dan sedikit daging,,,,,,alhamdullilah rezeki ada tuk aku masak esok lusa...akan tatapi malang sekali hubbyku berjalan terbongkok-bongkok.....sakit pinggang katanya. .......
Aku fikir sakit pinggangnya tidak la separah mana....maka ku suruh letakkan minyak hangat aje. Kemudian anti ajak aku sekerluarga dan pakcik jamal ke rumah mak di Sepang. Kami pun setuju memandangkan mak akan masak mee kari kesukaanku.
Kami tidak lama di Sepang,lebih kurang dalam 2 jam. Hubby mengadu sakit lantas kami pulang awal. Aku yang disuruh untuk drive semasa pulang.....dalam hatiku berkata..tentu parah sakit pingggannya itu
Memang pun, setelah balik, aku tengok muka nya merah padam menahan kesakitan. Die asyik baring dan tido sahaja. Tak sampai hati pula aku melihatnya.Kesakitannya itu melarat sehingga hari Selasa. Aku disuruhnya untuk bercuti untuk membawanya berurut. Susahnya aku mencari tukang urut lelaki. Cari punya cari...akhirnya sampai di rumah TUKANG URUT ANWAR di Taman Tuanku Jaafar berhampiran dengan kawasan sekolah.
Alhamdullilah, setelah diurut, aku nampak wajah hubby ceria sedikit. Setelah pulang, hubby masih tido. Setelah sedar, aku menanyakan keadaannya, katanya....blehlah....dan aku lihat jalan pun tidaklah terbongkok-bongkok seperti sebelum. .....aku amat berharap hubby sihat segera dan dapat menjalankan kehidupannya seperti biasa.....kerana aku juga mahu gembira....
No comments:
Post a Comment