Setelah bas sampai di Sinh Tourist, kami diberitahu oleh Kerry akan bertolak semula pada pukul 2.00 petang....untuk round-round bandar bersama dengan pemandu pelancong yang lain pula. Sementara menunggu bas, kami makan tengahari terlebih dahulu di restoren bersebelahan dengan Sinh Tourist. Makanan dibekalkan oleh kawan Kak Ody, Hazel namanya yang merupakan penduduk asal Malaysia tetapi telah menetap di Vietnam dan memulakan perniagaan di sana.
Dah kenyang makan...kami jalan lagi...pukul 2.00 petang(waktu Vietnam), kami dibawa menaiki bas lain mengelilingi tempat-tempat bersejarah yang lain pula..,kali ini kami dibawa ke President House, Pejabat Pos dan Muzium. Kami dibawa oleh pemandu pelancong yang lain namanya Tik(macam air menitik pulak namanya)....yang seorang nie English die ok sikit daripada si Kerry tuuu....
mula-mula kami dibawa ke Dinh Doc Lap - Independence Palace. Bangunan ini terletak tidak jauh daripada Pasar Ban Tanh.
mula-mula kami dibawa ke Dinh Doc Lap - Independence Palace. Bangunan ini terletak tidak jauh daripada Pasar Ban Tanh.
LOKASI PERTAMA :PRESIDENT HOUSE
inilah bangunan president Vietnam semasa pemerintahan Peranchis yang memerintah mulai 1962.
Istana ini dikenali dengan nama istana NORODOM
di hadapan istana terdapat air pancut
masih sempat berposing dengan gadis vietnam yang bertugas sebagai penyambut tetamu
Setelah taklimat dan penerangan tentang istana ini,oleh Tik di paras bawah, kami dibawa mengelilingi semua kawasan bangunan ini...aku sebenarnya tidak berapa suka sangat tempat ini sebab hanya banyak berkisarkan tentang istana dan kegemaran presiden sahaja....agak boring sikit....
BILIK-BILIK DI PARAS BAWAH
bilik mesyuarat dan konference
koleksi kapal yang pernah dinaiki oleh president
kaki gajah dan tanduk rusa merupakan koleksi pemburuan yang digemari presiden
kamar tetamu kamar president
mena makan dan meja vip semuanya di paras 1tanam bunga
bilik president
permandangan dari Tingkat 1
Kemudian kami dibawa naik ke Tingkat 2...pada masa itu aku dan beberapa kawan yang lain tidak dapat meneruskan kebosanan tempat ini... dah masuk tingkat ke-2..kami serender...penat dah ...
maka tidak dapatla aku dan 3 rakan-rakan lain meninjau-ninjau berberapa kawasan..antaranya
dapur istana
ini dikatakan lorong rahsia laluan ke airport sejauh 7km
untuk president melarikan diri daripada pihak musuh.
Waktu sudah semakin petang, kami risau zohhor tidak sempat nanti, lalu kami membatalkan niat untuk ke Muzium...hanya satu sahaja lokasi lagi yang akan kami pergi selepas ini iaitu Pejabat Pos...
sempat berposing sebelum beredar dari istana ini
LOKASI KEDUA: PEJABAT POS HO CHI MIN
Sampai di sini, kami amat teruja untuk mengambil gambar sebab bangunan nye unik. macam bangunan lama dalam filem pulak rasanya. Mula-mula aku ingat bangunan pejabat pos nie ialah bangunan bersejarah dan tapak peninggalan orang dahulu kala ...rupanya tidak. Ianya masih beroperasi dan sekaligus kerajaan Vietnam menjadikan nya sebagai pusat pelancongan.
Selain daripada beroperasi sebagai pejabat pos iaitu menjual beli stem, mengepos surat,bungkusan dan sebagainya, di sini juga ada terdapat pusat penjualan matawang lama dan cenderahati.

















No comments:
Post a Comment